Home / Articles / Highlights / Press Releases / SOPPOA taja 100 pelajar sertai POMtec 2025
SOPPOA taja 100 pelajar sertai POMtec 2025
Thursday, 20 February 2025
Datuk Chan Foong Hin (tengah) pada Majlis Perasmian Palm Oil Management, Technology, Exhibition and Conference 2025 di Miri hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)
MIRI, 18 Feb: Persatuan Pemilik-Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) menaja 100 pelajar dari institusi pengajian tempatan menyertai Palm Oil Management, Technology, Exhibition and Conference (POMtec) 2025.
Pengerusinya Eric Kiu Kwong Seng, berkata inisiatif ini memperkukuh komitmen mereka untuk merapatkan jurang antara ahli akademik dan industri, serta menggalakkan penyelesaian berasaskan penyelidikan untuk pertumbuhan jangka panjang. “Untuk menyokong pembangunan profesional industri masa depan, POMtec 2025 secara aktif melibatkan pelajar dengan memberikan pendedahan kepada cabaran industri, inovasi dan peluang kerjaya.
“Kehadiran anda mencerminkan masa depan cerah sektor minyak sawit, dan kami komited untuk menyokong perjalanan anda menjadi generasi profesional industri yang akan datang,” katanya pada majlis perasmian POMtec 2025 di sini, hari ini. Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin. POMtec 2025 telah mengambil langkah penting ke hadapan dengan meluaskan skopnya untuk merangkumi keseluruhan rantaian bekalan minyak sawit, dari aspek pengeluaran benih dan pengurusan semaian kepada operasi perladangan dan teknologi pengilangan.
Dengan tema “Streamlining The Supply Chain For Improved Sustainable Yield and Productivity”, POMtec 2025 memfokuskan pada pengukuhan kecekapan, kemampanan dan inovasi di seluruh industri.
Berlangsung selama dua hari bermula Selasa, POMtec 2025 dianjurkan oleh SOPPOA dengan kerjasama Kementerian Perladingan dan Komoditi, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, serta beberapa badan seperti MPOB, MPOC, MSPO, dan Malaysian Palm Oil. – TVS